Thursday, February 3, 2011

Tahniah

Salam 1Malaysia.

Kiranya masih belum terlewat untuk saya mengucapkan TAHNIAH buat YB Dato' Mukhriz Tun Mahathir diatas pelantikan sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah Darul Aman. Kemana kuah kalau tidak tumpah ke nasi. Tepat pada masanya apabila seorang anak muda berjiwa kental diangkat untuk meneruskan perjuangan bapanya iaitu YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad , Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4.

 YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bakat yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. kepada beliau membolehkan beliau menabur bakti kepada masyarakat.
Semoga dengan pelantikan tersebut beliau dapat bekerjasama dengan Pengerusi dalam usaha merampas kembali negeri Kedah dari kuasa pembangkang Pakatan Rakyat (PR).
.

Ini adalah satu pendekatan yang baik dilakukan oleh Presiden parti YAB Dato'Sri Mohd Najib Tun Razak untuk merampas kembali kerajaan negeri Kedah. Ini juga satu tanggungjawab besar yang harus dipikul oleh beliau dalam usaha membalas kepercayaan yang diberikan oleh YAB Presiden UMNO dalam merialisasikan impian kepimpinan tertinggi UMNO. Semoga beliau beroleh kejayaan.

2 comments: