Monday, January 30, 2012

MARAN MENUJU ERA BARU

As'salam....dan salam 1Malaysia....


Hampir setahun menghilangkan diri, bukan apa saja menyibukkan diri..... tapi bila balik ke kampung masa raya cina baru2 ni tergerak pulak hati utk menulis.... dengan rasa bangganya saya hadir di majlis pelancaran Page MaranVoice yang dirasmikan oleh Y.B Dato' Haji Tan Aminuddin Bin Haji Ishak, ADUN Chenor merangkap EXCO Kerajaan Negeri Pahang. Turut hadir Y.B Dato' Haji Ismail Bin Mutalib Ahli Parlimen Maran, Y.B Dato' Shahaniza Shamsuddin ADUN Ulu Jempul dan Y.B Dato' Haji Munawar Abd Jalil ADUN Luit serta Y.H Dato' Pegawai Daerah Maran....

Pada majlis gilang gemilang tersebut MaranVoice turut menganugerahkan IKON Belia Daerah Maran kepada Wan Zack Haikal Wan Nor 21, iaitu pemain bolasepak pasukan Harimau Muda A. Beliau adalah anak kelahiran Maran, mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Maran dari darjah 1-6, kemudian melanjutkan pelajaran ke sekolah sukan Bukit Jalil. Keluarga beliau sekarang tinggal di Taman Sri Cedung.

Tujuan utama MaranVoice dilancarkan adalah ingin mendengar suara akar umbi di dalam Parlimen Maran, sekarang warga Maran sudah bebas bersuara di dunia tanpa sempadan ini, Fage MaranVoice ini diharap dapat dimanfaatkan oleh seluruh anak Maran tak kira dimana berada.... saya juga berharap semua aduan dari rakyat dapat perhatian dari wakil rakyat DUN masing-masing... 

Tahniah juga diatas usaha gigih Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Maran yg diketuai oleh sdra. Khairul Amin telah berjaya mengadakan majlis santai pada malam itu... ....Tahniah bagi semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung..... semoga usaha anda sekelian direstui Allah SWT.

Sehingga kita bertemu lagi.....