Tuesday, October 12, 2010

Kehangatan Batu Sapi

 

  vs  or  

 

Batu Sapi: BN vs PAS or PKR..?


 

KOTA KINABALU, 9 Okt: Pilihan raya kecil yang ke 13 akan diadakan di negara ini selepas 2008 apabila anggota Parlimen Batu Sapi, Datuk Edmund Chong Ket Wah, 54, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.

Beliau meninggal apabila motosikal Kawasaki 750 yang beliau tunggangi berlanggar dengan sebuah kereta Mercedes di jalan Sembulan-Tanjung Aru dekat Kota Kinabalu jam 11.40 pagi tadi.

Chong mula memenangi kawasan itu dalam pilihan raya umum 2004 tanpa bertanding dan menang lagi dalam pilihan raya umum 2008 selepas mengalahkan calon bebas, Chung Kwong Wing dengan majoriti 3708 undi.

Chong mendapat 9,479 undi berbanding dengan Chung yang mendapat 5,771 undi.

Chong lahir di Sandakan dan merupakan seorang jurutera mekanikal. Beliau meninggalkan isteri Linda Tsen Thau Lin dan empat anak. Kalau mengikut ramalan teropong ajaib, PBS/BN masih mampu mengulangi kemenangan bergaya sekiranya PKR meletakkan calon pada PRK Parlimen Batu Sapi.
Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang turut berada di situ, berkata "kehilangannya adalah amat menyedihkan bagi negeri dan negara terutama PBS. Beliau juga kawan rapat saya".
"Ia adalah peristiwa yang tidak pernah terlintas di fikiran saya akan berlaku, saya sentiasa berdoa sepanjang masa, agar perkara seperti ini tidak berlaku.
"Datuk Edmund Chong sebagai seorang Anggota Parlimen dan bendahari agung parti, sentiasa meberi perhatian terhadap mengenai masa depan negara dan negeri ... (jika masih hidup), beliau sudah pasti akan memberikan khidmat yang baik kepada negara," katanya.
Katanya kali terakhir mereka berjumpa adalah semasa hari terbuka Program Transformasi Ekonomi (ETP) di sini, Khamis lalu.
Parlimen Batu Sapi mempunyai dua DUN iaitu Sekong diwakili Samsudin dari UMNO dan DUN Karamunting diwakili Timbalan Ketua Menteri, Datuk Peter Pang En Yin yang kini wakil rakyat Bebas menyokong BN selepas keluar dari Parti Liberal Demokratik pada bulan lalu.

No comments:

Post a Comment