Monday, July 15, 2013

Persenda Ramadan di laman Facebook: Alvin Tan, Vivian Lee

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan.......

Puasa baru masuk 6 hari dh ada pihak yg cuba nk uji tahap kesabaran orang islam di bulan yang mulia ini. syaitan2 dh dipenjara tinggal yg baru nk jadi syaitan jer cuba nk mencabar Islam....

keratan akhbar 14 Julai 2013


Sensitiviti umat islam

Pasangan itu memaparkan gambar di laman sosial Facebook kononnya mereka sedang menikmati makanan tidak halal dgn keterangan gambar "Selamat berbuka puasa dgn Bak Kut Teh... Wangi, Enak dan menyelarakan" pasangan tersebut turut mempersendakan JAKIM dgn meletakkan logo HALAL.

Sepatutnya sebagai rakyat Malaysia sama2lah kita menghormati bulan Ramadhan dan sahabat2 kita yang beragama islam. Kita juga perlu sentiasa bertanggungjawab diatas semua tindakan kita di dalam pergaulan serta lebih peka terhadap sensitiviti orang lain, terutama isu agama,”

(ingat jangan cabar org islam)

Ada sesetengah pihak berkata beliau adalah kawan baik dengan MP Lembah Pantai, pihak admin tidak menghiraukan sesiapa pun kawan baik pasangan tersebut asalkan jgn hina islam. Bila admin selidik punya selidik rupa2nya beliau pernah bergambar dgn MP Lembah Pantai.... harap pasangan ini tidak di manipulasikan...
Apa2pun selamat berpuasa ......


Monday, July 8, 2013

PUASA DI BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...

Hari ini Admin SAU nk bercerita tentang puasa sikit...

Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai "menahan diri". Dari segi istilah syarak puasa bermaksud "menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar shadiq sehingga terbenam matahari".

Hukum puasa Ramadhan adalah wajib bagi umat Islam. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur dalam diri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.



Dalil Wajib Puasa.

Firman Allah S.W.T: “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183)
Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
|" Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."

Niat Puasa
Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.

Lafaz niat[sunting]

Lafaz setiap malam. Niat ringkas:
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.
atau
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa esok kerana Allah Taala.

Kelebihan Bulan Ramadhan[sunting]

Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan. Di dalam bulan Ramadhan ada satu malam yang lebih baik dariapada seribu bulan iaitu Lailatul Qadar atau Malam al-Qadar. Lailatul Qadar atau Malam Qadar ialah satu malam dalam bulan Ramadhan yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Sesiapa yang beramal pada malam tersebut sama seperti beramal selama 1,000 bulan, iaitu bersamaan 83 tahun 4 bulan, jika mendapatnya selama 10 tahun bersamaan beribadat lebih 833 tahun, jika mendapatnya selama 20 tahun bersamaan lebih 1,666 tahun, jika mendapatnya selama 30 tahun mendapatnya bersamaan 2,500 tahun, berbahagialah orang yang tidak pernah meninggalkan solat Isyak berjamaah dan solat Tarawih kerana orang yang solat Isyak berjamaah dan solat Tarawih termasuk dari kalangan orang mendapat Lailatul Qadar, dan Rasullah s.a.w. mengatakan sesiapa yang tidak mendapatnya dia adalah tergolong daripada orang yang amat rugi. Lailatul Qadar satu malam dalam bulan Ramadhan yang tidak diketahui dengan tepat tarikhnya. Ia lebih diharapkan untuk mendapatkannya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan, terutama malam-malam yang ganjil daripada 10 hari terakhir Ramadhan tersebut. Waktunya dikira apabila masuk waktu Maghrib sehingga terbit fajar. Pada malam al-Quran diturunkan, malam Qadar berlaku pada 17 Ramadhan, sementara menurut al-Mubarakfury al-Quran turun pada malam 21 Ramadhan. Orang yang pasti mendapat sebahagian Lailatul Qadar ialah orang yang solat Fardhu Maghrib dan Isyak secara berjamaah sepanjang bulan Ramadhan, dan dia tidur dengan azam yang kuat untuk solat Subuh berjemaah. Sabda Rasulullah s.a.w. “Sesiapa yang sholat ‘Isya` berjemaah, maka seolah-olah dia telah berqiyamulail separuh malam; Dan sesiapa yang sholat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah bersolat sepanjang malam.” (Hadis Sahih Riwayat Imam Tarmizi, Ibnu Majah dan Nasai)

Kerugian meninggalkan puasa Ramadhan[sunting]

Pahala puasa Ramadhan amat besar. Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja, bukan saja telah melakukan satu dosa besar, bahkan dia mengalami satu kerugian yang amat besar, satu hari puasa yang ditinggalkan tersebut tidak boleh ditebus dengan apa jua cara, tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidupnya. Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya: “Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (uzur syarak) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.” (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

Hukum puasa[sunting]

Puasa Wajib[sunting]

  1. Puasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Syariat puasa Ramadhan difardhukan kepada umat Muhammad s.a.w. pada tahun ke-2 Hijrah. Makanya, wajiblahia dilakukan oleh semua orang Islam.
  2. Puasa Kifarah.
  3. Puasa qadha
  4. Puasa Nazar.

sistem pemilihan baharu UMNO Tranformasi ke arah kebaikkan...

Assalamualaikum dan selamat pagi semua....

pejam celik pejam celik.... hanya dua hari lagi kita akan menunaikan ibadah puasa, bila mula bicara utk bulan puasa timbul dikepala SAU tentang bermulanya mesyuarat UMNO-UMNO cawangan diseluruh Malaysia, bermula 15 julai 2013 sehinggalah 31 ogos 2013 seluruh umno cawangan dalam 191 bahagian akan bermesyuarat dgn kaedah baharu. cara baharu ini dikatakan bagi mengelakkan politik wang yg sukar utk dibendung sekarang.... dgn semua ahli cawangan terlibat. mungkin hebat pemilihan parti pada tahun ini...




Semoga perjalanan mesyuarat umno kali ini berjalan dgn lancar bersempena dibulan ramadhan dan syahwal ini. terlebih dahulu Admin SAU ingin mengucapkan selamat menyambut kedatangan bulan ramadhan. berpuasalah semua kerana ramadhan tahun hadapan belum tentu kita temui.....