Monday, October 11, 2010

GALAS OH GALAS

                              Sambutan luar biasa di bunga raya... "bereh boss"


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Demam PRK melanda lagi, kali ini Galas pula menjadi medan tempur BN vs PR.. Macam-macam perkara berlaku di Galas. Tahniah juga buat Ku Li kerana menjadi Pengarah Pilihanraya Kecil DUN Galas. Cuma masih ramai tertanya-tanya lagi sama ada Ku Li bakal membawa cabaran sebagai calon DUN Galas atau mana-mana org kanan Ku Li.

Kita semua sedia maklum salah satu isu panas yang akan dimainkan oleh PR terutamanya PAS adalah isu "WANG IHSAN" Petronas...Diharap Ku Li dpt menjawab segala persoalan PR nanti...

Jumlah terkini pengundi berdaftar di DUN Galas ialah 11,553 orang dan 127 orang undi Pos. Pada PRU yang lepas calon BN iaitu Mohammad Saufi Deraman telah tewas dgn majoriti 646 undi, antara faktor menarik ialah seramai kira-kira 1,889 orang pengundi adalah dari masyarakat orang asli...

Insyallah dengan pertambahan pengundi baru seramai 900 orang dapatlah BN merampas semula kerusi DUN Galas......

Selamat Berjuang

No comments:

Post a Comment