Monday, October 18, 2010

Perhimpunan Agung UMNO ke-61



"Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu


Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Bangsa
Agama Dan Negara

Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Mulia Dan Indah
"Bersatu, Bersetia, Berkhidmat"
Cogan Katanya
UMNO Terus Mara
Untuk Rakyat Malaysia "



umno
Bermula 19 - 23 Oktober 2010 semua ahli UMNO akan tertumpu serta berkampung di PWTC dimana Perhimpunan Agung UMNO yang ke - 61 akan bersidang. Disinilah pentas terbaik bagi pemimpin-pemimpin UMNO dapat berkongsi pendapat atau buah fikiran.

                                       
Adakah, UMNO iaitu Parti Keramat orang melayu, masih RELEVAN?

Rata-rata kedengaran suara sumbang yang hanya menghentam pemimpin-pemimpin UMNO tak kira dari mana-mana sayap, sejak akhir-akhir ini banyak cerita yang keluar di dada akhbar contohnya yang terbaru Setiausaha Agung UMNO YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar) mengkritik sayap pemuda dan puteri secara terang melalui media arus perdana. Kalau kita fikir-fikirkan mengapa seorang Setiausaha Agung UMNO yang diibarat seperti seorang bapa kepada pemuda dan puteri sangup menegur anak-anak secara terbuka. Adakah ini selari dengan prinsip UMNO? Bagi pendapat saya seharusnya segala teguran dan kritikan hendaklah dibuat secara tertutup iaitu semasa mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Parti (MT). Jangan hanya tahu menunding jari dan mencari kesalahan orang lain sahaja.
Tengku Adanan.

Dari perhatian saya perhimpunan Agung kali ini kurang meriah kerana tiada pertandingan merebut jawatan diperingkat nasional.

Saya amat tertarik dengan kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh bekas mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainal Abidin (gambar). UMNO perlu berubah dan segera memperbaiki semua kelemahan supaya terus kekal sebagai parti yang membela Agama, Bangsa dan Negara.
Dr. Mohd Asri Zainal Abidin, Bekas Mufti Perlis.

Sejak kebelakangan ini, UMNO sering menimbulkan isu-isu yang menjadikan parti itu seakan-akan PAS pada zaman 1980-an. Contohnya, isu masuk masjid dan doa kepada orang bukan islam. Isu ini langsung tidak memberi faedah kepada UMNO dan perlu dielakkan sama sekali, jelas Dr. Mohd Asri ketika ditanya wartawan pada majlis penutupan kursus kepimpinan Kelab UMNO Luar Negara.

Akhir kata dari saya, jika diberi peluang untuk berbahas....Berbahaslah dengan semangat memertabatkan orang melayu. Gunakan peluang yang ada untuk memperkasakan UMNO demi perjuangan Alif , Ba , Ta iaitu Agama , Bangsa , dan Tanahair.

Selamat bersidang...



*Persiapan rapi sempena Perhimpunan Agong UMNO pada 19-23 Okt 2010.
perhimpunan agung umno

No comments:

Post a Comment