Tuesday, October 26, 2010

Intipati menarik dalam ucapan Ketua Pemuda UMNO YB Sdra. KJ

Salam 1Malaysia,

Walaupun baru beberapa hari sahaja perhimpunan Agung UMNO yang ke-61 selesai namun ianya bukanlah noktah bagi kita meneruskan agenda melayu.

   
                      

Saya amat tertarik dengan intipati-intipati ucapan YB KJ seperti:

* "Melaksanakan gerak kerja mengatasi masalah pengangguran dikalangan genarasi muda"
Umum telah tahu kadar pengangguran dikalangan genarasi muda amat kritikal, jika kita tidak bendung ia akan menjadi lebih teruk, seperti penyakit barah jika kita tidak rawat ia akan membawa maut.
* "Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (AUKU) dipinda bagi membolehkan mahasiswa-mahasiswa menceburi diri dalam politik"

Jika kita inginkan parti UMNO kita kuat, kita perlu membuat perubahan yang dramastik. Kita perlu pinda akta AUKU bagi membolehkan golongan cerdik pandai memceburi diri dalam politik, bagi memastikan kita memdapat sokongan rakyat yang mahukan UMNO berubah. Dalam masa yang sama kita perlu ada keterbukaan dalam bidang politik membabitkan kebebasan golongan pelajar untuk berpolitik.
* "Model Baru Ekonomi tidak mengketepikan agenda bangsa sebaliknya mengemaskini cara pelaksanaan agar segala kelemahan Dasar Ekonomi Baru (DEB) diatasi"
Ini perlu kerana kita kena berubah untuk menjadi lebih kukuh dari segi ekonomi, jangan menzahirkan kebimbangan mereka bahawa agenda bangsa seolah-olah hilang dan lenyap.


* "Politik MODERAT atau SIYASAH WASATIYYAH perlu menjadi pegangan kerana keharmonian rakyat malaysia adalah kunci kesejahteraan"
* "Gagasan 1Malaysia mesti didukung sebagai aspirasi bersama oleh semua kaum"
Kita jangan hanya laungkan sahaja 1Malaysia tetapi kita kena laksanakan, apa itu Gagasan 1Malaysia ? Rakyat kena tahu, jangan hanya seronok-seronok pakai lencana serta baju bersulam 1Malaysia sedangkan ianya tidak dapat dilaksanakan dengan cara yang betul. Kita perlu terangkan pada rakyat apa makna "RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN" ini penting bagi memastikan rakyat berbilangkaum di negara ini tidak ada yang dipinggirkan.



Dan yang terakhir,

* "Jangan ikut jejak langkah pembangkang yang tidak membina kekuatan diri namun hanya bersandar kelemahan lawan"
Kita selalu mencari kesalahan dan kelemahan parti pembangkang, dimasa yang sama kita perlu sedar jika kita perkuatkan parti, parti akan menjadi kukuh, itu yang rakyat mahu bukan ianya tahu mencari kelemahan parti lawan sahaja. Kita perlu cari formula , macam mana jika kita ingin memenangi hati rakyat.

 
Kesimpulannya kita perlu bersatu dibawah kepimpinan YAB Presiden UMNO , YAB Timbalan President UMNO dan YB Ketua Pemuda UMNO Malaysia , bagi menawan semula negeri-negeri yang telah kita tewas. Ini masa untuk kita membuktikan bahawa sebenarnya UMNO adalah JUARA RAKYAT.

  

Wasalam...









Bila agaknya YB KJ boleh berada disini???

No comments:

Post a Comment